Wednesday, March 25, 2009

Friendship forever after,,,,,,

Antara cinta dan persahabatan
andainya ku diberi pilihan memilih diantara kedua-duanya
akan ku pilih kedua-duanya
kerana bagiku ianya sama bererti dan bernilai dalam hidupku






Cinta
suatu ungkapan yang belum pasti keindahanya
kerana disebalik keindahan cinta itu
tersirat seribu kepahitan
pastinyakan merantap kedamaian jiwa
seorang pencinta setia
tatakala ikatan diundang kekecewaan








Namun ianya tetap betah menjemput setiap jiwa
yang punya hati dan perasaan
hakikat yang tersimpan disebalik anugerah ini
tak terungkai dengan bicara dibibir
tak tergambar dengan lakonan
begitu syahdunya kurniaan ilahi
lahir dari hati seorang insan
yang berakal beremosi penyayang dan berperasaan








Persahabatn
suatu ikatan yang lahir dari hati
keinginan yang ikhlas
bagi berkongsi tangis tawa,kasih sayang serta kerakraban
sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya
tentang impian dan pengertian hidup ini











Persahabatan yang murni dan suci
adalah sebuah persahabatn yang disulami kejujuran
diwarnai dengan keikhlasan
dicurahi dengan kasih sejati
sekiranya menjadi gunting dalam lipatan
robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan












Teman yang budiaman
mengertilah maksudku ini
sesungguhnya apa yang tersimpul dihati kecilku ini
sejak pengenalan kita











kita bina tugu persahabatan
yang dipagari besi kedewasaan kita
yang teguh megah berdiri di laman hati kita
tak tumbang dek rintangan
hanya satu pintaku
agar dikau sentiasa mengigati diriku,,,,,,,,

0 comments: